Account Suspended?!!

Wednesday, July 9th, 2008 | Pengumuman with 2 Comments

Salam sejahtera,

Semalam dan awal pagi tadi hosting saya tiba2 kena suspend… ;(

Terkejut saya…Semalam saya terima SMS daripada seorang rakan IM yang bertanya kenapela blog saya tak boleh buka?..

Bila cek2 dah kene suspended..

:)

Tapi perkara ni dah pun selesai lepas saya contact hosting provider…Rupa2nye nameserver hosting saya telah dipindahkan ke nameserver yang baru..Ceh! Awat tak bagitau awai2..Takdak la cek terkejut beruk.. ho! hO!

Anyway, blog Syed Hafidz akan beroperasi seperti biasa selagi hayat dikandung badan..

Salam..

Bookmark Artikel Ini!These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Reddit
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz

Menjual Produk Digital : Bagaimana Nak Bermula ??

Friday, July 4th, 2008 | Produk Digital, Tips Produk, Rancangan Perniagaan, Tips Promosi with 3 Comments

Salam sejahtera,

Hari ni hari Jumaat, hari terakhir cuti semester saya. Malam ni saya akan pulang semula ke kampus untuk meneruskan pengajian saya yang dah masuk tahun ke-4. Ahad dah start kuliah. Pejam celik pejam celik saya dah last year dah…nak abis dah degree… :) Perasaan tu kadang-kadang bercampur baur jugak, rasa macam seronok bila nak abis belajar ni, tapi kadang-kadang rasa sayang pulak nak meninggalkan kampus yang banyak meninggalkan memori indah tu..ho!ho!ho!

Perghhh!! Feeling lebey la plak mamat nie (kata anda di dalam hati…..)

Ok, hari ni saya nak berkongsi dengan anda mengenai produk digital. Sejak akhir2 ni saya perhatikan makin ramai usahawan internet tempatan menjadikan produk digital sebagai sumber utama pendapatan internet mereka. Saya terima banyak email bertanyakan bagaimana untuk memulakan perniagaan internet, kebanyakannya bertanya soalan berkenaan produk digital ni…. Ramai betul ye yang minat menjual produk digital.. ?

Rasanya anda dah tau kan apa tu produk digital? Jika yang masih belum tahu, saya terangkan secara ringkas.

Produk digital merupakan produk yang tidak dapat disentuh dan dirasa tapi boleh dimanfaatkan seperti eBook, eJurnal, eMajalah, Software, Script dll. eBook Raja Affiliate merupakan salah satu daripada produk digital yang dijual dalam pasaran tempatan.

Bagaimana nak bermula?

Inilah persoalan yang selalu bermain2 difikiran mereka yang masih belum bermula….dan mungkin juga bagi yang dah bermula tapi belum mendapatkan hasil yang setimpal. Saya akan kongsikan 8 aspek yang boleh membantu anda membuat perancangan awal sebelum menghasilkan dan menjual produk digital:

1- Kenalpasti Kehendak Pasaran

Perkara ni memang asas kan? Tapi inilah yang menjadi kayu ukur kelarisan sesuatu produk digital yang anda nak jual. Tanyalah mana2 usahawan internet, mereka pasti akan berikan jawapan yang sama.

So kesimpulannya, pastikan anda menghasilkan produk yang sememangnya dinanti-nantikan oleh pasaran. Pasti peluang untuk anda menghasilkan jualan amat tinggi.

2- Kenalpasti Target Market

Perkara ni asas juga. Tapi ramai yang kurang memanfaatkannya. Saya perhatikan ramai yang membuat promosi dan pemasaran secara rambang. Akibatnya, conversion rate rendah meskipun promosi gempak gilerr!

Anda perlu mengenalpasti dengan sejelas jelasnya di mana pasaran dan tumpukan seluruh usaha promosi ke arah itu. Katakan jika anda menjual eBook berkenaan dengan cara memikat hati wanita (eheemm..ehemm..), pastikan anda mencari target market yang sama dengan niche produk yang anda nak jual tu, dan bukan main hentam keromo jek! :P

3- Uji Pasaran

Ada macam2 cara untuk menguji pasaran. Contohnya, jika anda ingin menjual sebuah eBook berkenaan dengan rahsia menjadi usahawan ternakan ayam yang berjaya, anda boleh hasilkan sebuah laporan percuma yang berkenaan dengan produk anda. jika laporan itu dibaca ramai orang dan mendapat sambutan menggalakkan, maka peluang cerahlah. Kalau tak, anda perlu fikirkan semula samada nak teruskan menjual atau tak eBook tersebut.

Oleh itu, pastikan anda sentiasa menguji pasaran sebelum anda menghasilkan apa-apa produk. Ini akan menjimatkan masa dan wang anda. Jika anda perhatikan bahawa produk yang ingin anda ketengahkan tidak begitu dikehendaki oleh pasaran, maka anda boleh tukar idea lain dan bermula semula. Ataupun anda boleh juga menggunakan produk yang sama tetapi ke pasaran yang lain yang mungkin berminat dengan produk anda.

4- Simplified

“Make it simple” produk anda walaupun ianya sangat bernilai tinggi. Anda tak perlu menunggu produk anda betul2 lengkap dan canggih baru nak jual. Tak semestinya…silap2 haribulan, orang lain dah jual dulu produk tu…anda jugak yang kempunan! Betul tak?

5- Promosi dan Pemasaran

Rangka sistem / strategi promosi dan pemasaran yang tersusun dan lengkap. Ini akan melicinkan kerja promosi dan pemasaran anda pada masa akan datang. Anda harus ingat, se “macho” dan se “hensem” mana pun produk anda jika tak dipromosikan dan dipasarkan dengan betul, ia tetap tidak akan mampu menjual.

So, rangka dari awal aspek ni…jangan semberono je!

Satu lagi, jangan berhenti berfikir dan mencari jalan terbaik untuk mempromosikan produk dan mengenalpasti pasaran tumpuan. Ingat, promosi dan pemasaran adalah segala-galaanya!

6- Hasilkan produk sampingan

Hasilkan produk-produk sampingan yang boleh menyokong produk utama anda seperti laporan khas, rakaman audio, temuramah, preview atau buku untuk memperkenalkan produk anda dsb. Jangan ambil mudah perkara ni walaupun ia nampak kacang je.

Produk sampingan akan memberikan menaikkan aroma imej produk utama anda dan meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang usahawan internet yang prudent dan boleh dipercayai.

7- Joint Venture (JV)

Anda boleh menjemput usahawan yang sama niche dengan anda untuk menjalankan usahasama (joint venture) dengan anda.

Di sini, anda bukan setakat dapat meringankan beban dan memendekkan tempoh masa, malah juga dapat berkongsi kepakaran dengan rakan JV anda. Mungkin anda seorang yang mahir dalam penulisan, copywriting dan rakan JV anda pulak masih dalam web designing. So, akan dan rakan JV anda akan dapat manfaat.

JV juga akan membantu menaikkan imej anda pada mata pelanggan jika rakan JV anda seorang yang berpengalaman dan mempunyai nama dalam bidang tersebut.

8- Sistem web yang Efektif

Sistem web yang efektif pada pandangan saya mencakupi sistem jualan yang efektif, khidmat sokongan pelanggan yang responsif dan penghantaran produk yang lancar.

Pendek kata, anda perlu pastikan laman web jualan takde yang “sangkut”. Semua smooth and silky je.

Bagaimana? Sudah bersedia? Anda boleh ambik note apa yang saya kongsikan ni jika anda betul serius nak menjual produk digital. Apa yang saya kongsikan ni adalah teori, dan pratikalnya anda yang perlu lakukan sendiri.

Ramai yang dah bermula, tak kurang juga yang mendapat pendapatan 4 – 5 angka daripadanya. Anda pulak bagaimana? Fikir2kan…:)

Selamat mencuba!

Bookmark Artikel Ini!These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Reddit
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz

Teknik SEO Yang Tidak Sah (Illegal)

Wednesday, June 18th, 2008 | SEO, Perspektif, Tips Promosi with 6 Comments

 

Beberapa teknik SEO yang tidak beretika dan membahayakan serta boleh menyebabkan laman web anda disenaraihitamkan oleh enjin-enjin carian

Salam sejahtera,

Kali ni tulisan saya agak serius sket. Tak seperti yang sebelum ni yang gedik santai gitu :) Saya fikir post kali ni amat penting untuk difahami anda sebelum merangka dan menjalan strategi SEO.

Ada beberapa Teknik SEO yang illegal yang perlu anda jauhi: 

1) Link Farms
Juga dikenali sebagai “Spamexing” or “Spamdexing”

Untuk mendapatkan ranking yang baik (dan tinggi) dalam enjin carian, jumlah link yang berangkaian dengan sesuatu laman web menjadi salah satu kriteria di mata enjin carian. Dalam ertikata yang lain, semakin banyak laman web yang link ke laman web anda, maka semakin tinggi ranking laman web anda.

Kebiasaannya, untuk mendapatkan link-link yang banyak ke laman web, pemilik laman web tersebut akan bertukar-tukar link dengan webmaster yang lain yang mempunyai niche atau content yang sama.

Walaubagaimanapun, dengan mengeksploitasikan konsep yang sama, terdapat juga kaedah yang tidak sah “illegal”. :)

Link farms berlaku apabila pemilik sesebuah laman web membuat laman-laman web palsu hanya untuk mendapatkan link yang banyak dan mudah ke laman webnya.

Di mata enjin carian, laman web ini dianggap “illegal” kerana hanya bertujuan untuk meningkatkan ranking semata-mata. Oleh itu, menggunakan Link Farms atau spamdexing merupakan langkah yang boleh membahayakan laman web anda dan sama sekali perlu dielakkan.

Jika anda ataupun konsultan SEO menggunakan teknik ini, laman web anda akan didenda dan diban kerana mereka beranggapan anda telah menggunakan teknik yang melanggar peraturan untuk menipu mereka, meskipun laman web tersebut mempunyai content yang bagus.

Bagaimana Cara Mengelakkannya?

Sekiranya ada menggunakan khidmat mana-mana konsultan atau professional dalam bidang SEO, ada perlu bertanya secara spesifik mengenai bagaimana cara mereka mendapatkan link-link untuk anda.

Pastikan link yang mereka perolehi adalah daripada laman-laman web yang mempunyai niche yang tertentu (sama dengan niche laman web anda) dan betul-betul establish (terdapat juga sesetengah kes di mana anda tak perlu memberikan link anda kepada mereka).

Awas, jika konsultan atau professional tersebut mengatakan bahawa mereka boleh akan membina ratusan atau ribuan laman web yang mempunyai domain yang berbeza untuk memberikan link kepada web anda, jangan menggunakan khidmat mereka lagi, jika anda tak nak laman web anda diban dengan kejamnya oleh enjin carian! ?

Anda juga perlu periksa selalu dengan “search” domain name laman web anda di enjin carian untuk melihat laman-laman web yang link ke laman web anda. Jika anda perhatikan sesuatu yang pelik pada laman web tersebut, seperti domain name yang terlampau panjang atau laman web yang “kureng” sket ataupun laman web yang kosong (hanya ada link semata-mata), anda boleh meminta professional SEO anda untuk mengeluarkan link laman web anda daripada laman web tersebut. Anda juga perlu siasat bagaimana perkara ini boleh terjadi.

2) Doorway pages
Juga dikenali sebagai Advertising Pages, Jump Pages, Gateway Pages, dll.

Doorway page merupakan salah satu daripada bentuk landing page yang direka hanya untuk boleh dilihat enjin carian dan selalunya tidak boleh dilihat oleh pelawat manusia.

Kebiasaannya, laman-laman web seperti ini menggunakan redirect script tertentu yang akan membawa pelawat terus ke laman web yang lain secara automatik tanpa ke berjumpa dengan doorway page tesebut. Ianya juga dikenali sebagai cloaking yang sama sekali tidak dibenarkan oleh enjin-enjin carian.

Walaubagaimanpun, hakikatnya membina landing page bukanlah suatu yang salah. Ianya boleh diterima oleh enjin carian jika ianya mempunyai content yang berinformatif, ditulis dengan baik, dan bukan sekadar redirect (dialihkan) ke laman web lain.

Bagaimana Cara Mengelakkannya?

Pastikan landing page yang anda hasilkan merupakan landing pages yang dibenarkan oleh enjin carian. Anda boleh bertanya kepada konsultan atau profesional SEO anda samada mereka melakukannya atau tidak. Jika mereka kata ya, kami cadangkan anda tidak bekerja dengan mereka.

Walaubagaimanapun, ianya tidak menjadi masalah jika mereka menggunakan javascript atau redirect yang “legal” dan boleh diterima oleh enjin carian. Jangan sangka enjin carian mudah terpedaya dengan trick sebegini, lambat laun akan kantoi gak beb! :)

3) Keyword Stuffing
Juga dikenali sebagai keyword spamming

Keyowrd Stuffing berlaku apabila anda meletakkan terlalu banyak keyword yang sama, samada di meta tags, tag skrip ataupun pada content di page sendiri.

Berbeza dengan optimisasi halaman dengan keyword legal, teknik ini sama sekali salah di mata enjin carian kerana menggunakan ratusan keyword yang berulang-ulang tanpa melalui saluran yang betul.

Terdapat juga yang menggunakan cara seperti menukar warna keyword tersebut dengan warna background. Dengan demikian, pelawat di kalangan manusia tidak akan nampak melainkan enjin carian sahaja. Ada juga yang menyembunyikan keyword dalam skrip tag. Malah ada juga yang menggunakan CSS untuk membawa keluar keyword daripada ruang yang boleh dilihat di skrin supaya hanya enjin carian je yang dapat melihatnya.  

Nampak macam menarik bukan teknik ni? Tapi sedarlah, lambat laun enjin carian dapat detect samada anda menggunakan keyword tersebut secara betul dan akan mendenda atau ban laman web anda jika menggunakan teknik yang tidak beretika ini.

Bagaimana Cara Mengelakkannya?

Cara yang paling mudah untuk anda mengetahui samada laman web anda telah dipenuhi keyword seperti ini adalah dengan melihat source code laman web anda. Anda perlu menaipkan alamat laman web anda di “browser”, kemudian klik “view” di bahagian atas dan klik “source code” (di browser Internet Explorer hanya tertera “source” sahaja). Dari    situ, anda akan dapat melihat keyword tersebut melalui page yang berformat HTML.

Jika anda perhatikan keyword yang sama ditulis berulang-ulang kali, maka anda perlu mengurangkan atau membuang terus keyword tersebut.

4) Scraper Pages
Juga dikenali sebagai Auto Generated Pages.

Scraper Pages adalah laman web yang mengandungi content yang diambil daripada laman-laman web yang lain. Dalam ertikata lain, ianya merupakan perbuatan copy & paste content sesuatu laman web dan untuk dijadikan content laman web anda. ianya juga merupakan satu plagiarism (menciplak/meniru).

Kebanyakan laman-laman seperti ini digunakan untuk tujuan mendapatkan klik daripada pelawat yang datang ke laman web tersebut. Ianya biasanya dilakukan oleh penggiat-penggiat PPC seperti Google Adsense dsb yang nak dapatkan untung cepat.

Walaubagaimanapun, enjin carian tetap juga dapat mengenalpasti laman-laman scraper seperti ini dengan mudah. Ha, kantoi la jugak! :)

Mudah saje nak mengenalpasti laman web scraper seperti ini. Biasanya content yang di “copy & paste” daripada laman web atau keputusan carian. Tambahan pula content yang sebegini tidak menimbulkan minat anda untuk membaca.

Bagaimana Cara Mengelakkannya?

Sama juga sepeti teknik-teknik “illegal” yang lain, anda perlu pastikan konsultan atau professional SEO yang dilantik tidak sama sekali melakukan perbuatan ini. Anda sendiri perlu memantau kerja-kerja yang mereka lakukan.

Pastikan anda sentiasa memeriksa secara rawak setiap halaman di web anda untuk pastikan tiada content-content yang illegal. Anda juga boleh mendapatkan laporan mengenai ranking laman-laman web anda. anda juga boleh periksa source code pada landing page dan content jika terdapat sesuatu yang mencurigakan.

Glosarry

a- Landing Pages : Webpage diantara iklan atau artikel anda dan webpage penjual. Selalunya memberi review tentang produk atau testimonial mengenai produk affiliate yang hendak dipromosikan. Biasanya satu mukasurat saja dan mungkin hanya mengandungi satu video/audio/artikel dan link affiliate dibawahnya.     

b-  CSS (Cascading Style Sheets) : Kebanyakkan laman web kini ditulis dalam bentuk CSS, bukan lagi HTML. Terdapat berbagai jenis koding CSS yang mengawal bahagian lain mukasurat sesebuah laman web dan satu koding khas bagi menyatukan kesemuanya. CSS memudahkan pereka laman web mengubah banyak webpages sekaligus tanpa perlu ubah kod satu persatu pada setiap webpage seperti pada HTML.

c- SEO (Search Engine Optimization) : Apabila anda membuat laman web ataupun mukasurat laman web anda bagus untuk enjin carian. Tip: Optimize laman web anda dengan baik bagi mendapatkan ranking lagi tinggi pada keputusan enjin carian.

d- Scripts : Programming yang di install pada fail hosting anda yang membolehkan tugas-tugas tertentu dilaksanakan. Skrip membolehkan widget berfungsi, mengira kuantiti produk dijual, menambahkan ’shopping cart’ dan sebagainya.

e- Domain Names : Nama laman web anda. Contoh: newbies.com, newbies.info dan newbies.net. Nama domain dicipta bagi memudahkan manusia mengingati nama laman web tanpa perlu ingat nombor bersiri (seperti 12.34.56.78) yang digunakan oleh server komputer untuk mengenalpasti sesebuah laman web dan server di mana ia berada.

f- HTML (Hypertext Markup Language) : Kod programming yang digunakan oleh kebanyakkan laman web. Kod HTML digunakan untuk meletakkan kaunter pengunjung, butang-butang, banner, link dan text pada laman web.

g- Redirects : Di mana anda menyalurkan suatu laman web untuk ke laman web lain. Anda melaksanakan ‘redirecting’ bagi menyalurkan link yang pendek kepada link yang lebih panjang, memudahkan orang ramai mengingati nama sesbuah laman web dan sebagainya. Anda boleh gunakan perkhidmatan snipurl.com dan tinyurl.com bagi tujuan ini. Satu lagi cara ia dengan ‘redirect’ nama domain yang mudah diingati kepada nama domain yang lebih panjang.

h- Keyword : Perkataan atau frasa yang anda ingin gunakan. Merupakan perkataan-perkataan yang pengguna internet taip dalam kotak enjin carian atau kotak carian untuk mendapatkan keuptusan.

i- Javascript : Satu lagi jenis koding untuk laman web, lebih pendek dan boleh melaksanakan lebih banyak tugas berbanding kod HTML. Tip: Javascript baik untuk kod-kod pendek, tetapi robot Google tidak dapat membacanya ketika ingin memberi ranking kepada laman web anda. Kurangkan penggunaan kod Javascript jika inginkan SEO (search engine optimization) dan ranking yang lebih baik pada enjin carian.   

-Sumber daripada : Kamus Internet Melayu (http://www.internetmelayu.com/kamus_pemasaran_internet/)-

 p/s: Artikel di atas merupakan terjemahan yang telah saya lakukan dari sumber asal “Illegal SEO Technique” karangan saudara Sabri Hassan Assaari dari Saifulsham Consultant

Bookmark Artikel Ini!These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Reddit
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz

Template Baru, Semangat Baru Beb…!!!

Friday, June 13th, 2008 | Azam, Blog, Motivasi with 4 Comments

Salam sejahtera,

Ah ha, ada perasan apa2 yang lain tak??

Ho! Ho! Ho! Hari ini Blog SyedHafidz.com sekali lagi bertukar pasangan template yang baru. ?

Sebelum ini saya menggunakan template O2 1.0 hasil kerja tangan kreatif saudara eches. Walaupun saya tak mengenali beliau dengan rapat, dan tak pernah berjumpa, namun lobang hidongmu tetap menjadi pojaan hatiku saya amat mengagumi dan meminati template2 yang dihasilkan beliau. Credit to you bro!! :)

    Template Lama (O2 1.0)

Sebenarnya perancangan untuk menukar tempalate ni saya dah terfikir sejak bulan lepas lagi, Cuma masa saya agak terhad dengan kerja2 JV yang perlu diselesaikan. So, terpaksalah simpan dulu keinginan tu.

So sekarang dengan template baru yang comel ni, memberikan saya semangat baru untuk lebih kerap menulis dan berkongsi pandangan dengan rakan2 IM sekalian.

Sekian.

Sahabat Online Anda,

Bookmark Artikel Ini!These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • Reddit
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz